Sahur Secara Sihat Bantu Ibadah Lancar
Alhamdulillah Bulan Ramadan bakal tiba tak lama dah. Tahun ini masuk tahun ke 3 insyaa Allah dapat menikmati riuh rendah bersahur dan berbuka bersama suami dan anak.
Sahur merupakan ibadah yang disunatkan dan digalakkan. Walaupun bukan perkara wajib,
namun zahirnya terdapat keberkatan ketika bersahur. Hal ini kerana, ia dapat
menguatkan dan memberi galakan untuk berpuasa.
RASULULLAH ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar
bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ
menyebutkan:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR
al-Bukhari)
Tidak
dinafikan bahawa bangun sahur bukanlah sesuatu yang mudah bagi semua orang.
Bagi yang sudah biasa bangun awal pagi, ia mungkin tidak menjadi masalah yang
besar. Namun, ia adalah sebaliknya bagi mereka yang tidak biasa.
Di
sebalik kepayahan tersebut, anda perlu tahu bahawa sahur adalah sangat penting.
Sebab itu, ia adalah amalan yang sangat dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w.,
meskipun tidak diwajibkan.
Persoalannya,
kenapa anda tidak patut meninggalkan sahur?
Membekalkan
anda tenaga
Makanan
ketika sahur adalah sumber tenaga utama bagi anda dalam menjalani sepanjang
hari puasa. Dengan jenis dan jumlah makanan yang betul, ia membantu anda
menjalani ibadah puasa dengan lebih mudah dan lancar.
Dari
sudut kesihatan, sahur sebenarnya lebih penting berbanding berbuka puasa kerana
ia memberikan anda tenaga untuk bertahan di siang hari.
Pemilihan makanan sewaktu sahur adalah sangat penting. Berikan fokus pada makanan mengandungi
karbohidrat kompleks seperti nasi, pasta atau oat untuk mengekalkan rasa
kenyang lebih lama.
Jangan
lupa masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet anda. Buah kurma dan
susu adalah pilihan yang baik, selari dengan gaya pemakanan Nabi Muhammad
s.a.w..
Elakkan
makanan tinggi gula kerana ia hanya akan memberikan kekenyangan sementara yang
akhirnya akan menyebabkan rasa lapar datang lebih awal. Elakkan juga minuman
berkafein dan berkarbonat.
Kegagalan
untuk bersahur akan menyebabkan kadar gula darah menjadi rendah. Keadaan ini
boleh membawa kepada pening kepala dan mual. Dalam keadaan yang lebih teruk,
mungkin boleh menyebabkan pitam.
Di
samping itu, anda sudah tentu tidak mahu hanya duduk berehat di rumah selama
berpuasa. Ramadan harus menjadi satu bulan yang produktif. Tanpa tenaga dari
makan sahur, hari-hari anda akan banyak dihabiskan dengan berehat di rumah.
EMPAT JENIS MAKANAN PENUH TENAGA UNTUK SAHUR
1. Kekalkan Hidrasi Dengan Makanan Yang Mempunyai Kandungan Air Yang Tinggi
Selain daripada meminum air, anda boleh menghidrat dengan mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air seperti tembikai merah, tembikai wangi dan stroberi. Cuba amalkan buah tomato, timun, batang saderi, dan lobak merah kecil dalam makanan sahur anda. Kesemua makanan ini terdiri daripada lebih 90% air dan boleh membantu anda kekal hidrat sepanjang hari.
2. Makanan Tinggi Protein
Makanan berasaskan protein boleh membantu anda kurang penat dan lebih aktif sepanjang hari. Ia juga makanan yang mengambil masa lebih lama untuk hadam dan anda akan merasa kenyang untuk satu tempoh masa yang panjang.
Telur, keju, ikan dan kekacang adalah pilihan yang baik dan jika anda tidak boleh mengambil laktosa, anda boleh memilih susu soya dan badam. Jika anda lebih gemar mengambil makanan protein seperti ayam dan daging, pilih bahagian dada ayam atau daging merah pejal.
3. Penghadaman Yang Lancar Dengan Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Untuk mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, bergoreng dan pedas sewaktu sahur. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia kaya dengan serat dan boleh mengelakkan sembelit.
Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang semasa Ramadan. Amalkan brokoli, buah ara kering atau kurma, lentil, keledek dan sayur bayam dalam pemakanan.
4. Makanan Yang Tinggi Kandungan Kanji Dan Serat Untuk Tenaga Sepanjang Hari
Makanan berkanji dan berserat tinggi boleh membantu mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Cuba oat, bijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan anda kerana ia boleh membantu anda merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Jika anda mengalami masalah penghadaman, kurangkan pengambilan produk tenusu, makanan berlemak, bergoreng atau pedas. Karbohidrat kompleks dalam makanan berkanji seperti nasi perang, cous cous, dan kentang adalah pilihan yang bagus untuk tenaga. Ia mampu meningkatkan tumpuan dan mengawal mood anda.
Menunjukkan
kesungguhan anda untuk berpuasa
Bangun
sahur adalah salah satu petanda bahawa anda benar-benar bersungguh-sungguh
dalam menjalani ibadah puasa. Bermula dari awal pagi lagi, anda telah
menetapkan niat untuk berpuasa.
Kesungguhan
ini tentunya akan membantu anda menghadapi baki hari dengan lebih bersemangat
kerana hari yang baik bermula dengan baik dan awal.
Bak
kata pepatah, “burung awal menangkap cacing.”
Sejenis
hormon yang digelar kortisol sangat tinggi pada awal pagi. Hormon ini membantu
merangsang otak serta melawan stres. Jika anda tidur pada saat ini, manfaat
hormon ini tidak akan dapat dikecapi.
Latih
diri untuk bangun sahur. Antara tip yang boleh dikongsikan untuk mudah bangun
sahur ialah:
1.Tidur
awal sebaiknya sebelum jam 11 malam.
2.Elakkan
makan berat sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
3. Gunakan
jam loceng.
4. Tidur
di ruang tamu supaya mudah dikejut oleh ahli rumah.
5. Beransur-ansur
dan jangan putus asa.






