PENGEDAR SHAKLEE GURUN

Beauty, Cosmetic, & Personal Care

Ruam Susu & Lampin

Salam Sejahtera



Ruam boleh berlaku dalam
kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi
kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan
alergen atau bahan penyebab (dermatitis).



Bercakap mengenai masalah kesihatan
berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah
ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah
berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. 



Ruam
merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di
rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan
klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan
tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang
lebih buruk seperti ben
gkak, kemerahan dan luka.

Ruam susu ialah kesan
daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di
muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si
kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini
menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam,
membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari
dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering
terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami
alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka
yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah
menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah
memastikan setiap maknanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk
dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.

Ruam lampin terjadi apabila terlalu
lama dibiarkan bayi memakai kain lampin/lampin pakai buang,  menyebabkan kulit jadi merah
dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan
dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh
meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau
bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan
lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian
menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah
berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin
kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda
menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar
kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko
ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan
menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang.
Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga
faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam. 

Testimoni

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395
♥ Email : hanabard105@gmail.com


Pengedar Shaklee Anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *