PENGEDAR SHAKLEE GURUN

Beauty, Cosmetic, & Personal Care

Petunjuk Anak Sedia Ke Tandas

Salam Sejahtera 


Sampai bila agaknya mama hendak
menggantikan lampin pakai buang anak dalam sehari? Apatah lagi si kecil sudah
semakin membesar dan sudah boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya.
Rasanya sudah sampai masa untuk mama mengajar si manja ke tandas sendiri.
Sebelum itu mama perlu tahu apakah
petunjuk anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri. 

Selain dapat menjimatkan
kos membeli lampin pakai buang, anda juga membantu memelihara alam sekitar.

Perkongsian menarik nie untuk ibu yang
baru nak latih anak ke tandas. 
1.Tidak selesa

Semakin membesar si kecil semakin banyak
ragamnya. Perasan tak kelakuan anak anda yang berusaha untuk membuka lampin
pakai buang yang sudah dipakaikan.  Ini petunjuk dia sebenarnya sudah
tidak selesa memakai lampin dan mahu bebas tanpanya. Daripada anda berkeras
memaksanya memakai lampin tersebut lebih baik anda ajar anak memberitahu
keinginan untuk ke tandas.

2.Menyorok

Kadang kala ada kanak-kanak yang suka
menyorok di sudut tertentu dalam rumah jika mahu melepaskan hajatnya. Sekiranya
anak anda berkelakuan demikian, lebih baik ajar dia ke tandas jika mahu
melepaskan hajat.

3.Memberitahu

Tentu mama rasa seperti hendak marah
sekiranya si kecil memberitahu lampinnya sudah kotor dan perlu diganti, padahal
baharu sahaja setengah jam dipakai. Ini bererti dia sudah tidak selesa
menggunakan lampin pakai buang.

4.Meniru

Perkara ini dilakukan oleh hampir
kebanyakan kanak-kanak. Perasan tak jika anda mahu ke tandas ketika di rumah,
anak akan mengikut. Sebenarnya ia petunjuk bahawa anak anda sedang memerhati
dan mempelajari bagaimana cara untuk ke tandas sendiri.



One thought on “Petunjuk Anak Sedia Ke Tandas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *