Bahayanya AGE protien
Pembetukan AGE
Glukosa boleh bergabung dengan protein dalam proses yang dipanggil glycation, menjadikan sel-sel lebih keras, kurang mudah dibentuk dan lebih tertakluk kepada kerosakan dan penuaan pra-matang. Di luar badan, AGEs boleh dibentuk oleh pemanasan (contohnya, memasak).
Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti:
- Stress Penyakit’
- Kesakitan
- Tidur yang tidak cukup
- Gaya hidup yang tidak baik (merokok)
- Sinar matahari berlebihan
AGE Penyebab Penyakit Kronik
Walaupun masih ada banyak soalan yang tidak terjawab mengenai AGE, pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula.
Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE.
Bagaimana AGE boleh terjadinya penyakit?
Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Contoh 7penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah
- menyekat saluran jantung yang menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok
- merencatkan fungsi pancreas dan seterusnya menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan diabetes
- mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kendur
Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.
Berikut adalah beberapa kesan AGE:
1. Diabetes jenis II
Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manisy mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku
2. Kerosakan kolagen kulit
Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.
3. Kerosakan kepada sendi
Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.
4. Penyakit kardiovaskular
AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya lebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri.
Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.
5. Penyakit alzheime
Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.


